Selasa, 4 Januari 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Siri 1 telah diadakan pada 26/12/2010 (Ahad) dari pukul 8.00pg hingga 04.00ptg. Program telah berjalan dengan lancar dan dikategorikan sangat berjaya. Seramai 35 orang peserta kursus, termasuk 4 orang remaja telah memberikan komitmen yang sangat baik. Program ini telah dirancang dan dijayakan oleh Jawatankuasa Surau Taman Bukit Margosa, Seremban. Program Siri Pertama ini meliputi Menghadapi Pesakit Yang Nazak, Memandikan Jenazah dan Mengkapankan Jenazah. Ia meliputi aspek teori dan Amali. Penceramah yang diundang ialah Ustaz Khairi b Zainudin iaitu seorang ustaz dan bekas guru di Daerah Jempol, N.Sembilan. Diharap program yang akan dilaksanakan yang meliputi Solat Jenazah dan Pengebumian Jenazah akan datang akan lebih jaya lagi. InsyaAllah.